Language

Sekapur Sireh...

Berkhidmat sebagai Pembantu Khas lebih 25 tahun, telah melibatkan saya secara langsung di dalam menganjurkan majlis-majlis rasmi. Sentuhan-sentuhan kreatif sering menjadi sebutan. Yakin untuk melebar sayap dan melonjak nama bersaing dengan nama-nama besar sebagai Perancang Perkahwinan dengan mengendalikan majlis yang berprestij dari sekecil hingga sebesar-besar budget adalah keistimewaan kami. Apakah yang anda kehendaki untuk sebuah perkahwinan:
Jamuan? serahkan kepada kami, dengan budget minima anda mampu merasa puas dengan pilihan menu kami. Pilihlah di mana sahaja di Hotel, Dewan, Area Perumahan anda atau tepian laut dengan desir ombak, pasti akan kami sempurnakan khas untuk hari bersejarah anda.