Language

June 19, 2011

Selusuri Jalan-jalan Yang Pernah Kita Lalui...

Tiba di Airport Pulau Pinang Secara kebetulan aku tidak keseorangan di dalam 'flight' kerana bertemu seorang Pegawai Mara yang kebetulan menghadiri seminar di Equatorial Penang. Sebaik aku menyimpan novel yang di baca, dia terus duduk dan cuba menegur. Perbualan berterusan hingga kami berpisah kerana aku ingin segera check-in bersiap untuk satu majlis perkahwinan.

Beberapa hari sebelum belepas ke Pulau Pinang, kota yang sempat mencipta sejarah sepasang Pengantin Baru yang mencipta moment manis saat bulan madu. Itulah aku yang sangat teruja untuk segera tiba menyelesai kerja dan mengharap dapat menyelusuri jalan-jalan kenangan bersama arwah bekas suami. Kenangan itu sangat jelas di pandangan mata ku, jari jemari putih gebu seorang gadis melayu di hias inai merah menyala, mata-mata yang memandang senyum simpul kepada kami sambil berbisik... mungkin mengatakan "mereka baru kahwin".

Kami menghabiskan saat bulan madu di penginapan berhampiran Padang Kota Lama, tapi aku dah tak ingat nama hotelnya, kalau masih ada sudah pasti sebuah hotel yang agak usang kerana ditelan masa 30 tahun lalu. Berpegangang tangan, berderai dengan tawa ria aku dan suami duduk di benteng tepi pantai Padang Kota menikmati deruan ombak dan sesekali percikan air menyimbah kami. Inilah kemuncak cinta kami, kami jalani kehidupan selepas itu dengan amat bahagia, dia seorang suami yang sangat penyayang, menyayangi aku dan anak-anak sepenuh hati...

Usah di kesali perpisahan yang terjadi... selepas 24 tahun aku pasrah kira inilah ujian yang mendatang. Namun kenangan tetap segar di ingatan walau setahun lalu dia telah kembali menemui Sang Pencipta.

Nafsu akan selalu mengajak kepada kebinasaan
kawal lah ia dengan ingat selalu kepada Maha Pencipta
andai rasa lemah menyerang
ber udhu' lah dan bacalah AlQuran
jangan lepaskan AlQuran
peganglah ia dengan teguh...
mohon pertolongan Allah swt
Dia pasti hadir memberi pertolongan
kepada Hamba pilihanNya... Ameen!

Tika ini aku baru selesai 'breakfast' yang disediakan pihak hotel. Walau agak lewat balik malam tadi, seperti biasa mata akan terbuka menjelang subuh. Tengahari ini aku akan balik ke Kuala Lumpur. Allah telah mempermudahkan segalanya, malam tadi aku di temani seorang kawan yang secara sukarela menjadi pemandu pelancung.. terima kasih kepadanya yang sudi meluangkan masa menemani aku menikmati 'pasembur' meehoon sup di Padang Kota Baru... sedap oooooo!

HanRahim: Onak duri biar berombak.... adalah pentas menguatkan hati!