Language

August 22, 2017

Jamuan Aidilfitri di Rumah Resmi Dato' Bandar Shah Alam

Walau jiran sebelah rumah, ada hubungan jauh kekeluargaan, keluarga kami sangat rapat.  Namun kalau tidak bersungguh dijemput, besar kemungknan aku dan keluarga tidak akan hadir.  Selain Ujang dan Zaharin menjemput, Kak Ngah, Kak Lang dan Serah bertalu-talu kirim undangan.  Makcik Teh diberi Allah swt melihat kejayaan anak-anaknya, namun orang tua tu sekarang lebih banyak diam dari mahu berkata-kata.  Namun dia masih kenal 'Hanom & Arfian' bila disebut nama kami.  Alhamdulillah.







Makcik Teh

Doa kaklang buat Zaharin dan family terus bahagia juga diberi kejayaan di dunia dan akhirat.

POLIGAMI

"Anakanda, perkahwinan adalah tanggungjawab, inikan pula menjadi yang yang ke 3 dari perkahwinan yang ke 5".

Dia ada rupa kecil molek, putih kemerahan, hidung mancung seludang, apalah kurangnya dia, bisik hatiku. Dalam usia 33 tahun dia belum bertemu jodoh, lantaran asakan dari bossnya yang telah beristeri 2 dari 4 perkahwinan, , dia pasrah untuk menjadi yang ke 3.  

30 Mac 2017
Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan

Latarbelakang boss nya tidak asing bagiku kerana kami ada pertalian darah, cerita-cerita mengenai kawin cerai dan kegilaannya kepada perempuan bukan perkara asing.  Aku tidak mahu dia menjadi mangsa, mangsa oleh kata manis dan janji indah sebuah perkahwinan.  Tidak mahu dia kecewa selepas berpoligami.

HanRahim:  Kenyataan adakala menyakitkan.

10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Masjid Al-Hidayah Sg Pencala - 21 & 22.8.2017

KEUTAMAAN  DAN KELEBIHAN ZULHIJJAH
1.     Zulhijjah antara salah satu bulan yang Allah swt suka.  Setiap bulan yang Allah ciptakan tidak sama, setiapnya ada kelebihan.  Berbanding Ramadhan wajib berpuasa bagi setiap hamba yang mampu, Zulhijjah lebih Allah sukai kerana IBADAH SUNAT yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA dengan bersungguh-sungguh, walau jika MENGINGGALKAN/TIDAK BUAT di kira TIDAK BERDOSA.
1 – 10 hari pertama Zulhijjah terbaik dan paling istimewa – Al-Haj ayat 28,  
Al-Fajr ayat 1 – 4: Allah swt bersumpah dengan waktu fajar penghujung malam/awal pagi.
Hari ke 9 – wukuf
Hari ke 10 – Hari Raya Qurban

2.    Setiap hamba yang berfikir dan sabar pasti melakukan amalan pada bulan suci ini, merebut banyak kelebihan yang Allah sediakan.  Setahun 365 hari, setiap amalan digandakan (Al-A’raf ayat 142, Al-Baqarah ayat 197).  Ibadah paling tinggi adalah orang yang berjuang fisabilillah dan mati syahid, ibadah 10 hari pertama Zulhijjah adalah lebih istimewa dan lebih besar ganjarannya dari mati syahid.  Kerana itu rebutlah peluang-peluang yang Allah sediakan, itu adalah 10 hari yang lebih baik dari bulan Ramadhan.
·         Solat di Mekah 100 ribu melebihi dari tempat lain (bagi yang mengerjakan haji)
·         Solat pada 10 hari pertama Zulhijjah, 1 hari bersamaan ( = ) 1 tahun
·         Puasa pada hari ke 9 Zulhijjah (wukuf) = 200 tahun dan diampunkan dosa-dosa setahun lepas dan dosa-dosa setahun akan datang.
·         Puasa sunat – 70 tahun terhindar dari neraka – Al-Anbiya’ ayat 101
·         Malam ke 10 Zulhijjah =  malam Lailatulqadar
·         Semua amalam baik yang dikerjakan pada 10 hari pertama Zulhijjah = 700 x ganda.

3.    Ramadhan baru berlalu, kerja kuat beramal sehingga 30 hari tanpa penat dan jemu.  Kemudian Allah kurniakan Zulhijjah yang melebihi amalan-amalan di bulan ramadhan lalu diampunkan semua dosa-dosa.  Bersunguhlah dan jangan malas berdoa dan mohon ampun kerana 10hari pertama Zulhijjah akan di kira GANJARAN pada SETIAP SAAT (Al-Baqarah: 198 & 200, Al-Imran 191, An-Nisa 103 & 142, Al-A’raf: 205)
·         Tiada had masa berzikir dan seorang yang sentiasa berzikir tidak akan lalai. (Al-Ankabut: 45)
·         Solat akan menjauhi daripada mungkar
·         Sentiasa baca Al-Quran –
·         (Al-Ahzab: 35) – sangat baik dapat di amal sebagai zikir.  Amalan tertinggi untuk hamba yang layak – “baca terjemahan dan fahami ayat tersebut”
·         Lafazkan juga “Labbaikallahummalabaik………… walaupun tidak mengerjakan haji/umrah.  Tidak salah melafazkan, kerana menyahut ‘seruan Allah swt”.
·         Selepas 10 hari pertama Zulhijjah hendaklah:
Ø  Jujur dengan Allah
Ø  Jujur dengan diri sendiri
Ø  Jujur dengan manusia dan semuanya

4.    AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
i)             Zikir
ii)            Puasa 9 hari
iii)           Qatam Al-Quran (3 juz setiap hari, bermula malam 1 Zulhijjah)
iv)           Takbir – Allahuakbar
v)            Qiamullail (bangun ibadah malam) – 1 sujud di ankat dosa
vi)           Solat subuh di Masjid (Jemaah), selepas subuh zikir hingga matahari terbit dan disudahi dengan solat Dhuha.
vii)         Iktiqaf hari ke 9
viii)        Mejamu bagi yang berpuasa
ix)           Berbakti kepada kedua ibubapa (bagi yang telah meninggal, doa dan sedekah untuk mereka)
x)            Silaraturrohim – hubungkan saudara2 jauh dan dekat semampunya.
xi)           Baca surah Al-Ikhlas 100x dan lebih setiap hari. (1 x = Bina 1 rumah dalam syurga)
xii)         Solat sunat – sekurang2nya 12rakaat sehari = sebelum tidur telah terbina istana disyurga.
xiii)        Istifar – 100x setiap hari
xiv)        Banyakan beri salam setiap bertemu muslim
xv)         Amal makruf nahi mungkar – ingat mengingat dan berpesan-pesan kpd kebaikan
xvi)        Jaga lidah
xvii)       Ihsan/berbuat baik kepada jiran
xviii)     Muliakan tetamu
xix)        Infak fisabilillah
xx)         Infak kepada keluarga terdekat
xxi)        Ziarah orang sakit
xxii)       Bantu Orang
xxiii)     Bersalawat (jangan tinggalkan salawat)
xxiv)     Sambung silaraturrohim dengan sahabat2 ibu ayah
xxv)       Doa untuk saudara, kawan dan semua orang termasuk diri sendiri
xxvi)     Gembirakan hati orang2 islam
xxvii)    Amanah dan tunaikan janji
xxviii)   Jangan tinggalkan doa antara Azan & Iqamat
xxix)     Baca surah Al-Kahfi (Jangan tinggalkan pada malam Jumaat)
xxx)       Solat fardhu di masjid
xxxi)     Bersihkan hati – buang sifat sombong, bangga diri, marah, hasad dengki dll.



 HanRahim:  Bimbinglah hati-hati kami mencintaiMU