Language

November 5, 2014

KEMBARA JEJAK HAMKA I & II



HAMKA
(H. Abdul Malik Karim Amrullah)

Aku menemukan
pada tenang kocakan danau

membiru luas terbentang
detak jantung menari-nari
meraja pada gambaran silam

namanya
meniti dari ulas-ulas bibir
bagai lautan mutiara 

memencar gemilang sketsa karya
di pahat pada dua mata ayah ku

Renyai hujan meretak mimpi
pada gambar tergantung mencengkam gelora hati

HAMKA
bukan lagi
igauan seorang gadis kecil
nama mu tercatat pada daun-daun realiti


wajahnya
terbuka pada sela-sela dinding
karya-karya
bercahaya di balik kaca
dan waktu tidak melunturkan
hasrat pertemuan

berkembang merak kasih
sejernih denyut nafas
membasah tandus kerinduan
pada mu ku sedekahkan


Al-Fatihah!

Maninjau, Padang
Ogos 20/2014

KEMBARA JEJAK HAMKA II
 30 November hingga 4 Disember 2014
Pertemuan dengan 3 orang dari 10 anak-anaknya.
terkilan tidak dapat bertemu Irfan Hamka penulis buku 'AYAH'

Terima kasih kepada En Usman Yatim & isteri.
En Usman seorang yang sangat berusaha menyelaras program

Datuk Prof. Soeparwan G. Parkesit
orang yang bertanggung jawab menemukan rombongan kami
 dengan anak-anak Buya Hamka



3 anak-anak Buya Hamka - Hj. Fathiyah, Hj Azizah,
Afif dan menantunya Prof Sofyan

Sebahagian dari peserta KEMBARA



Masjid Al-Azhar Indonesia


Universiti Al-Azhar Indonesia

***********

KEMBARA JEJAK HAMKA I
2 - 5 November 2014
Rumah kelahiran Buya Hamka
Bergambar bersama Pak Hanif anak saudara Buya Hamka
 duduk no 2 dari kiri (berbaju batik)