Language

December 30, 2013

Siapa Yang Mampu?

Assalamualaikum, andai diperhalusi dan sentiasa merenung seluruh alam, betapa kerdilnya kita berbanding Kehebatan Yang Maha Pencipta.'Winter' di Southampton, daun-daun luruh, hanya kelihatan ranting-ranting yang semakin mengering.  Sewaktu menetap di Birmingham beberapa tahun lalu, aku sempat merasai musim 'spring', umpama seorang pekerja yang sangat taat melaksanakan tugas, begitulah sebesar-besar pokok hingga sekecil-kecil tumbuhan melaksana tugas setiap hari.  Dari hujung-hujung ranting mengikut perintah mengeluarkan tunas-tunas daun muda.  Setiap hari aku memerhatikan daun-daun setia menjalankan tugas masing-masing. 

Di permukaan tanah mengemuncup daun-daun di ikuti bunga-bunga, jiwa terharu, siapakah yang mampu mencipta semua ini?


Winchester Road, Southampton

12 tengahari di Southampton