Language

July 26, 2017

SAHABAT AYAHIBU

Pakcik Omar dan Makchik Rose, jauh terpisah pasti dicari.  Surat surat silih berganti bertanya khabar diri. Begitulah tautan kasih persahabatan antara ayah dan pakcik Omar sekeluarga.  Aku sayang mereka ini, moga Rahmat Allah menaungi mereka berdua diampunkan segala dosa, ditempatkan di antara hamba-hamba NYA yang beriman dan beramal soleh... Aamiin!

Dua bulan lalu aku sempat ziarah mereka, makcik kelihata uzur dan katanya kurang selera makan.  Pakcik seperti biasa sembang dan gelaknya masih kuat seperti dulu.




4hb April 2017 jam lebih kurang 12malam.  Pakcik Omar menghembuskan nafas terakhir.  Baru bercadang untuk ziarah makcik Rose, kami di beritahu makcik telah mengikuti pakcik 2 hari kemudian  Bercinta hingga ke hujung nyawa.









HanRahim:  Mencintai pasti diuji.
Visit Zanor dan keluarga di Pinggiran Putra, Putrajaya.  Takziah atas pemergian anak lelakinya ke Dunia Abadi.  Tepat seminggu selepas arwah Shuhaib meninggalkan kami.
Dari kiri:  Norizan (exsrc 71-75), penulis, Zainor, Busra isteri Zainor.

Kepada Zainor dan family pasti sayu untuk menghadapi kenyataan perginya orang yang tersayang, namun siapalah kita untuk mempertahankan amanah yang dipinjamkan.  Moga anakanda/arwah sejahtera di sisi NYA.

HanRahim:  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.