Language

February 23, 2014

Nama yang tercicir..

Waktu membuat keputusan untuk bernikah.  Ada lebih baik tinggalkan semua cerita di belakang, jangan ulangi dan simpan walau sebagai kenangan.  Puisi ini telah berusia lebih 30 tahun, lahir sebuah karya saat manisnya bulan madu.

Fitrah ciptaan Allah, yang muda sememang cantik, kulit halus tanpa solekan pun tetap cantik.  Didikan ibu yang kuat dengan pegangan agama dan tidak bebas, lebih membuat setiap teruna membuka mata.. samada sedar atau tidak 'pernikahan' ku membuat ramai yang terkejut.

Alam pertunangan yang merimaskan, gangguan, rayuan datang menduga.  Bersyukur kepada Allah yang telah menunjuk jalan, dalam usia muda aku dapat berfikir dengan baik.  Waktu itu aku tidak memikirkannya sebagai ujian, yang aku fikir ialah mesti memegang janji dan keputusan yang aku buat adalah yang terbaik dengan restu kedua ibu bapa... Alhamdulillah!

Tidak mengutus mu
Bukan lupa
Nama mu tercicir
Kala hati mencecah manis
Hangatnya bulan madu
Usah merajuk kawan
Esok-esok
Kau juga
Akan rasa
Apa yang ku rasa..

Maafkan aku...

HanRahim (Hanom Lubis)
Ipoh - Disember 1980

February 18, 2014

Mutiara berbalam-balam Ku hitung… Satu persatu Samar dalam kabur air mata Pancaran sinar jenih Putih menggilap kegelapan  Wahai kekasih… Pantaskah aku  Memuja mu dalam timbunan silam Langkah terlepas Rakus oleh nafsu  Bayang-bayang terasa bergoyang Bumi ku pijak terawang-terawang Luluh hati melayang Berdarah hati bagai di cincang  Silau resah ini Membawa aku bersendiri Mengadap wajah  Walau tidak ku tahu Apa yang bakal… kau berikan…  Kasih…. Andai  denyut nadi ini terlepas Sediakan untuk ku Sedikit ruang di sisi mu   HanRahim Southampton – February 18/2014


Mutiara berbalam-balam
ku hitung…
satu persatu
samar dalam kabur air mata
pancaran sinar jenih, putih
menggilap kegelapan

Wahai kekasih…
pantaskah aku
Memuja mu dalam timbunan silam
Langkah terlepas
Rakus oleh nafsu

Bayang-bayang terasa bergoyang
bumi ku pijak terawang-awang
luluh hati melayang
berdarah bagai di cincang

Silau resah ini
terdampar sendirian
 mengadap wajah-wajah
walau tidak ku tahu
apa yang bakal…
kau berikan…

Kasih….
runtuh keegoan
rintih perit jadi rindu
CINTA
terpahat dalam rasuk fana
andai  denyut nadi ini terlepas
adakah untuk ku
sedikit ruang di sisi mu


HanRahim
Southampton – February 18/2014


February 16, 2014

Perjalanan Darat Padang ke Medan 22 - 27.11.2014

Tiba di Padang Airport, di jemput oleh Pak Eri selaku pemandu pelancung merangkap supir.  Atas nasihat Pak Eri untuk menjimatkan kos, kami tidak perlu sewa pemandu, dia lebih suka memandu untuk kami. Kami sudah sangat biasa dengan Pak Eri, seorang yang sangat bertanggung jawab, amanah dan rajin.  Sekiranya melancung ke Indonesia pasti Pak Eri jadi pilihan, group pun sangat suka dengan layanan mesra Pak Eri.  Bercerita mengenai Pak Eri, asal perkenalan dengannya melalui laman tagged, mulanya aku langsung tidak peduli dan tidak berminat untuk ke Indonesia.  Itulah usahanya yang tidak pernah jemu menarik perhatian ku.  Pak Eri bukan sahaja menerima tetamu dari Malaysia, malah dia sering ke Malaysia membawa pelancung dari Indonesia.

Perjalanan dari Padang ke Medan mengambil masa lebih kurang 26 jam.  Dari airport kami singgah makan tengahari di Restoran Nasi Padang 'Lamun Ombak, pada saya  restoran terbaik di Padang.  Surau juga di sediakan di sini.


Meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.  Dalam perjalanan singgah di Lembah Anai.
Air Terjun Lembah Anai - Mandi atau basuh muka dapat mengekalkan 'awet muda'
bagi penulis 'awet muda' dari solat dan hati yang tenang.

Bagi yang membeli untuk perniagaan, di nasihatkan membeli di Pasar Kuning.
Pasar Atas juga boleh tapi kena pandai menawar.

Puteri Minang - Telekong dan pakaian
saya suka shopping di sini.




Banyak terdapat kedai-kedai (ala butik) di sepanjang jalan menghala Bukit Tinggi.




Menginap di The Hill atau Air Anget Cottage.  Bagi pengembara 'back packer' hotel ini agak mahal.  Banyak hotel-hotel budget di sekitar Bukit Tinggi.


Perusahaan belut sangat meluas.  Boleh di makan tapi lemah semangat bila belut melompat di kaki, sempat menjerit sekuat hati di tengah pasar!

Keesokan hari dari Bukit Tinggi kami meneruskan perjalanan, singgap di Sidampuan untuk bermalam.  Sebuah pekan kecil seratus peratus Muslim.  Kami melalui perkampongan Batak.  Batak Maindaling, Rowo dan 2 specis batak lagi yang aku kurang ingat.  Batak Maindailing terdiri dari beragama Islam dan perkampongan ini nampak bersih dan sangat tenang berbanding perkampongan Batak yang lain.

Dalam perjalanan inilah yang aku rasa nak pergi dan pergi lagi.
Pemandangan yang sangat cantik sepanjang jalan ke Medan.










Aku memang suka melihat pemandangan, kerana itu aku tidak jemu membuat perjalanan, bila di fikirkan banyak belanja kepada kegemaran ini.  Yakin kepada rezeki yang Allah swt beri, mudah-mudahan aku dapat mengembara lagi.










Sekiranya sesiapa berminat untuk membuat perjalanan seperti ini, boleh hubungi saya.

Hingga jumpa lagi di lain Negara, semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki kita bertemu di London/Paris/Amsterdam...

HanRahim - Southampton Februari 15/2014

February 8, 2014

Di Sudut Kamar Hatiku - Jamal Abdillah [HD]

ANTARA RAGU DAN INGIN

BERGUMPAL RAGU

kau masih berbicara tentang harapan
menilik jauh kedalam hatiku
renai membasah kita
manis belum mampu kuhirup

akukah 
bermain dengan kata-kata
atau akukah juga
bersandiwara melemaskan hatimu

keinginan selalu hinggap
antara ragu ada bimbang

hingga saat ini pun
aku tidak betah
menghirup manisan bersamamu
keyakinan telah lama runtuh
aku tidak upaya mengubah hati
maafkan segala.

HanRahim
Southampton  
February 8/2014

February 4, 2014

Seindah Takdir

Terima kasih menerima ku
meletakkan aku di singgahsana itu

Terima kasih dengan hadiah itu
mutiara cinta bersalut bahagia

Terima kasih mengajar ku
erti sebuah kehidupan
kebersamaan...

Seindah takdir
hati pun menzahirkan rasa
tiada batas memisahkan
alam teramat indah
bunga-bunga berkembang
burung-burung berkicau
ungas-ungas menyanyi
melayang kita bersama
di awangan kasih
kita berpadu

Saat takdir menguji
rebah sendiri
luruh berserakan
runtuh kosong melingkar diri
tabahlah wahai hati
kasih itu maha luas
seiring redha seorang hamba

HanRahim
Southampton - Februari 4/2014