Language

May 24, 2017

Renyai Hujan mengiringimu Suhaib

Kehidupan tiada yang kekal.  Seorang lagi pergi meninggalkan dunia yang fana.  Anakanda Muhammad Suhaib anak saudara juga anak yang ku susukan sebaik dilahirkan.


Belakang Kanan Arwah Suhaib, Arwah Aswadi, (adikku),  Salsabila, Hadzri (anakku) dan Obot
Duduk Kanan:  Muhammad Hafiz (anakku), Muhammad Ammar (adik arwah Suhaib)

Petikan dari kata-kata Hafiz di Australia, yang membesar dan bersahabat dengan Suhaib dari kecil.

"Aku tinggal kn bumi malaysia utk seketika.. Tp hari jumaat yg mulia kau pergi meninggalkn segala2 di dunia.. Kau lah abang kau juga sahabat.. Hari ini Allah ambil kau untuk selama2nya... Kawan2 dan sahabat semua tolong sedekat al-fatihah utk 
Suhaib Ar Rumi yg telah pergi menghadap Maha Pencipta"

Sekitar peristiwa awal pagi Jumaat anakanda Suhaib pergi meninggalkan kami semua.
Add caption





11jam sebelum meninggalkan.