Language

March 26, 2017

HALAQAH MINGGUAN ANAK-ANAK

Tak pula ambil gambar.  Halaqah start selepas maghrib.  Selepas asar semua tiba termasuk kawan Hidayah KB dan suami.  Minum petang dan solat maghrib berjemaah, diimamkan oleh Shakir.  Halaqah selesai lebih kurang jam 9 malam.  Suraya dan anak-anak, Ikhwan dan family tiba.  Riuh rendah dengan bual dan jerit cucu bermain memecah sunyi rumah corner lot Pinggiran Beringin.

Menu yang kusediakan;

Meehoon goreng sotong
Sambal sardin, "sedap weh kata deme", tapi tak sempat aku merasa.
Tak kisah asal tetamu semua dapat merasa.
Pulut & kuah durian
Brownies cheese

12 malam semua mula balik, suraya masih di rumah dan kami pun lama tak jumpa, walau rumah depan belakang aja.  Aku selalu tiada di rumah kerana banyak urusan di luar, adakala tak balik berminggu2 tidur di Damansara rumah Hidayah.  Tanpa disedari Suraya mohon diri untuk balik, aku pun kunci pintu, masuk rumah tengok jam dah 3 pagi,  kemas mana yang termampu.  4 pagi mula rebahkan diri.

Bangun subuh sebaik dengar azan, selepas solat aku tidur semula, sesuatu yang aku tak suka buat.

Aku terjaga sebaik terdengar orang potong rumput, intai ditingkap Majid sudah mula potong rumput.

Aku masak nasi dan buat nasi goreng, hidang dan ajak Majid sarapan bersama.  Jam 11 pagi Hidayah dan anak2 balik dihantar Hadzri.

Rumah sudah kosong yang tinggal pinggan kotor dan rumah untuk dikemas.

HanRahim:  Mengharap naungan kasih dalam keredhaan NYA.


Sabarudin letih atau kekenyangan.

12 malam semua mula balik, suraya masih di rumah dan kami pun lama tak jumpa, walau rumah depan belakang aja.  Aku selalu tiada di rumah kerana banyak urusan di luar, adakala tak balik berminggu2 tidur di Damansara rumah Hidayah.  Tanpa disedari Suraya mohon diri untuk balik, aku pun kunci pintu, masuk rumah tengok jam dah 3 pagi,  kemas mana yang termampu.  4 pagi mula rebahkan diri.

Bangun subuh sebaik dengar azan, selepas solat aku tidur semula, sesuatu yang aku tak suka buat.

Aku terjaga sebaik terdengar orang potong rumput, intai ditingkap Majid sudah mula potong rumput.

Aku masak nasi dan buat nasi goreng, hidang dan ajak Majid sarapan bersama.  Jam 11 pagi Hidayah dan anak2 balik dihantar Hadzri.

Rumah sudah kosong yang tinggal pinggan kotor dan rumah untuk dikemas.



HanRahim:
Berkasih sayang kita di dunia
Moga ada pertemuan di sana, kekal & abadi...Aamiin!

March 14, 2017

ANN DAN ANOM di RU2 EX SRC 25/2/2017

Kuasa Allah kembali menemukan kami.  Pada awal pertemuan selepas 40 tahun, sesekali aku terdiam bila ada yang tidak kena.  Masing-masing telah melalui berbagai fasa kehidupan pasti mengambil masa untuk kembali menyesuaikan diri.

Lama aku menjejak An, 2011 seorang classmate msg "anom, an pergi haji dengan aku".  Rentetan dari itu kami terus mencari, Alhamdulillah kembali berhubung dan bercerita masa-masa yang telah lama ditinggalkan. Ann dan aku punya naluri yang tidak jauh berbeza, cuma an dibesarkan sebagai anak bungsu dan agak lebih mudah bergerak aktif di sekolah.  Aku pula hanya menumpukan rumah dan sekolah, untuk aktif aktiviti sekolah jauh sekali, aku perlu segera balik ke rumah kerana punya adik beradik yang ramai, tugas-tugas di rumah sentiasa tersedia untuk diselesaikan.

Menjelang peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, aku hanyak sempat mengulangkaji sebelum masuk peperiksaan.  Bantuan Allah swt datang tanpa diduga, semua yang dibaca keluar, senyum aku melihat kertas soalan.  Alhamdulillah.
RU2 25/02/2017


Add caption
2012 suami An meninggal.  Selepas itu kami bertemu buat pertama kali selepas 40 tahun di Alamanda Putrajaya.  Ann masih slim dan aku juga masih bulat berisi.




HanRahim:  Moga ada pertemuan di sana kelak.  Aamiin!

Acheh 28 November - 01 Disember 2016

Sujudku bukan kerana syurgamu
juga bukan kerana takut nerakamu
lebih dari itu aku mendamba Cinta MU

Bencana adalah pelajaran berharga buat kami, kata Mawardi pemandu pelancung kami.


Sayu meninggalkan Acheh










Bersama pencerita Kapal tersadai atas rumah


March 12, 2017

RU2 EXSRC 25/02/2017





MERDEKAKAN MIMPI

PUAS BERKELANA
KITA KEMBALI BERSEMUKA
BERTENTANG MATA
BERDAKAP MESRA
LEBIH 40 TAHUN
HARI INI
KITA MERDEKAKAN MIMPI
MELEPASKAN DENDAM RINDU
YANG TERTANGGUH DULU

ANTARA KITA
PUNYA BANYAK CERITA
SEIRING FAJAR
DAN PANORAMA SILIH BERGANTI
KESIBUKAN BERTALI
KITA PUN
TIDAK SEMPAT MENGELAMUN
JAUH SEKALI MELAKAR MIMPI
MASA SEAKAN MENGEJAR KITA

BAGAI PELAYAR
YANG BELUM MENEMUKAN MUARA
KITA MELANGKAH
MEMILIH HALUAN SENDIRI
DENGAN SERIBU RASA
SERIBU CERITA
MENGEJAR CITA-CITA
DAN MASA DEPAN
BAHTERA RUMAHTANGGA
LEBIH MENAGIH PENGORBANAN

SEKALI INI
AKU MENGAJAK KALIAN
MERDEKAKAN MIMPI
MARI BERSAMA
MENGIRA TITIK-TITIK HUJAN
MEMBUKA TABIR KENANGAN
MEMUPUK PERSAHABATAN
MENCATAT SEJARAH
PERJALANAN SEMALAM
BAHAGIA ATAU PAHIT DERITA
MILIKNYA SEGALA

ANTARA KITA
MUNGKIN ADA SENGKETA
MUNGKIN ADA CEMBURU
MUNGKIN ADA RAJUK
MUNGKIN ADA PUTIK CINTA
KEMBANG TAK JADI
MUNGKIN JUGA
ADA PARUT LUKA MASIH BERBEKAS

SETULUSNYA
BUKALAH HATI
BERLAPANG DADA
MENGGENGGAM ERAT KEMAAFAN
BIARPUN SENJA SEMAKIN BERANI
MENGINTAI KITA
HARGAI ANUGERAH INDAH INI
MENGIKAT UKHWAH
MENGIMBAU NOSTALGIA

KITA DI SINI SEBENTAR CUMA
PASTI BERPISAH LAGI
BAGAI TALI YANG MENGIKAT
IKATLAH HATI-HATI
GENGAM ERATLAH TASBIH RINDU
MOGA MASIH ADA PERTEMUAN
WALAU ENTAH BILA
DI MANA DAN BAGAIMANA

SAHABAT
RINDU BUKAN SIA-SIA
KERNA DI SITU ADA CINTA
DI SITULAH BERMULA SEGALA
DEMI CINTA YANG MAHA ESA
KITA NIKAHKAH PERTEMUAN INI
KEMBANGKAN HATI
DOAKAN KEBERKATAN
SEJAHTERA SEMUANYA
DALAM SIMPUL
TAUTAN KASIH
SAHABAT SELAMANYA
Guest Book
HanRahim
Mantin, NS
Febuari 16/2017








































































































































































Ucapan Aluan daripada Tuan Haji Sanusi Abdullah

Doreen & aku
Jejaka di belakang Razali
Dari kiri:  Che Roziah, aku, Mah herian, Badariah, Roslina dan Ann

Aku, isteri Rauf, Rauf &An Anzah

Dari kiri:  Zahari, Mustafa, Razali dan Nordin

Badariah, Mah herian, Aini & Sanusi

Aku & An
bukan sekejap mengenal hati budi.


Dari kiri:  Roslina, Rosni Tahir, Zainudin, Esther, Baby
Depan sekali - Mazlan   


Deklamasi Puisi
Dari kiri:  Aku, Razali (keyboard), Rahman & An Zah (tidak kelihatan)

Dari Tingkatan 1 hingga kini, sama-sama bertolak ansur dan memahami (BFF)
Puan Bendahari - Badariah Abd Rahman

Esther, Baby, Mah Herian dan Doreen

Aku, Mustafa, Mazlan, Razali & Ann 

Jali, Adnan, Ann, Yatim, Aku & Razali