Language

March 14, 2017

ANN DAN ANOM di RU2 EX SRC 25/2/2017

Kuasa Allah kembali menemukan kami.  Pada awal pertemuan selepas 40 tahun, sesekali aku terdiam bila ada yang tidak kena.  Masing-masing telah melalui berbagai fasa kehidupan pasti mengambil masa untuk kembali menyesuaikan diri.

Lama aku menjejak An, 2011 seorang classmate msg "anom, an pergi haji dengan aku".  Rentetan dari itu kami terus mencari, Alhamdulillah kembali berhubung dan bercerita masa-masa yang telah lama ditinggalkan. Ann dan aku punya naluri yang tidak jauh berbeza, cuma an dibesarkan sebagai anak bungsu dan agak lebih mudah bergerak aktif di sekolah.  Aku pula hanya menumpukan rumah dan sekolah, untuk aktif aktiviti sekolah jauh sekali, aku perlu segera balik ke rumah kerana punya adik beradik yang ramai, tugas-tugas di rumah sentiasa tersedia untuk diselesaikan.

Menjelang peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, aku hanyak sempat mengulangkaji sebelum masuk peperiksaan.  Bantuan Allah swt datang tanpa diduga, semua yang dibaca keluar, senyum aku melihat kertas soalan.  Alhamdulillah.
RU2 25/02/2017


Add caption
2012 suami An meninggal.  Selepas itu kami bertemu buat pertama kali selepas 40 tahun di Alamanda Putrajaya.  Ann masih slim dan aku juga masih bulat berisi.




HanRahim:  Moga ada pertemuan di sana kelak.  Aamiin!

Acheh 28 November - 01 Disember 2016

Sujudku bukan kerana syurgamu
juga bukan kerana takut nerakamu
lebih dari itu aku mendamba Cinta MU

Bencana adalah pelajaran berharga buat kami, kata Mawardi pemandu pelancung kami.


Sayu meninggalkan Acheh










Bersama pencerita Kapal tersadai atas rumah