Language

December 24, 2016

BAKAL BERTEMU LAGI 25/02/2017

EX SEKOLAH MENENGAH RAJA CHULAN, IPOH.
1971 - 1975

Kembali bertemu pada September 2014.  Pertemuan ke2 yang dijangka akan diadakan di Syuen, Ipoh pada 25hb Febuari 2017 jam 8 malam. Terasa hari-hari yang dilalui semakin singkat dan deras berlari meninggalkan.  Moga pertemuan dalam suasana harmoni menjalin ukhwah.

An Anzah, Mazlan, Penulis, Adnan, Aini dan Ghazali
kami antara paling rapat dari sekolah dan kembali bertemua selepas 40 th
Alhamdulillah, teknologi moden jika dimanafaatkan ke arah kebaikan
pasti membuahkan hasil yang baik.

Guru Besar - Abd Ghafar.

August 18, 2016

Mencari Cinta, Malu itu Iman

Wow, dah ada anak. "bila budak ni nikah".
Ya Akhir zaman, malu semakin pudar dan tidak lagi jadi satu keaiban melahirkan anak luar nikah, 2 - 3 bulan nikah dah upload gambar anak.  Dulu aku tidak faham kenapa malu dikaitkan dengan IMAN.  Hari ini segalanya jelas, malu itu adalah senjata bagi mengelakkan perlakuan di luar batas.

Malu dan iman beriringan, andai salah satu hilang, yang lain juga akan hilang.

Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.

Rasulullah lebih malu dari anak dara.

Hadis dari Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah saw lebih pemalu daripada seorang gadis yang bverada di dalam biliknya.
Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya (Sahih Muslim: 4284)

Wahai anak-anak peliharalah malu.
Bercinta tidak salah, namun bagaimana meletakkan cinta agar sesuai dengan tuntutan Islam, juga adab dalam masyarakat.  Mendahulukan cinta Allah swt, adalah jalan selamat untuk setiap pasangan yang mula bertatih dalam mengenal cinta.  Mencintai antara fitrah kehidupan, dengan cinta dan kasih sayanglah mampu mengukuhkan setiap/segala sesuatu. Cinta mesti dikawal dengan bijak, tidak wajar dibiarkan bebas hingga melanggar batas syariat.

Istikharah Cinta oleh Ummu Anas
Belilah buku ini.  Moga berjaya mencari cinta yang diredhai.

"Ya Allah, aku mohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar.  Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa.  Engkau yang Maha Mengetahui segala yang Ghaib.  Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya.  Sebaliknya apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua.  Puaskan aku dengan takdir-Mu itu"

Aamiin!

HanRahim:  Bergelut mengharap Cinta-Mu

Cucu-cucu

Muhammad Arami 4.7 tahun

Cucu-cucu sekarang 3, akan bertambah lagi In sya Allah.  Moga sentiasa di dalam Taufik dan Hidayah, soleh dan solehah, diberi kejayaan di dunia dan akhirat.. Aamiin!
Aria Maya 1.8 tahun

Nurul Jannah 6.11 th

August 14, 2016

Raya ke 2

Balik Ipoh.

Aidilfitri di Halaman Meru Damai

Sekitar Resepsi perkahwinan Aina di Simpang Pulai.

Ipoh sentiasa menyentuh rasa.
Sempat bertemu Siti Souh (schoolmate) terima kasih Siti.

Kak Khairul
Bertahun tidak bertemu, pastiku cari jika ada kesempatan
Zaman remaja dan mula bekerja dia pernah seketika menumpang di rumah kami di Pekan Baru Ipoh
yang tidak boleh lupa, kami selalu makan mee di tengah bandar Ipoh, sedap pula tu, waktu dan tika itu.... eemmpp!

Bon, Amira & Auntie Chik
KLIA transit to Riyadh

Aidilfitri 2016

Aidilfitri tanpa anak bongsu.  Hadri pula berhari raya di Pasir Puteh, Kelantan di rumah Mertua.  Alhamdulillah ria juga. 

June 15, 2016

Hantaran Pertunangan Hafiz

ZIARAH JIRAN

 24/02/2016 @ Rabu

Alhamdulillah visit En  Norzaini di no 311, Jln 2A Tanjung.
Isterinya tiada di rumah kami seramai 6 org sekadar berdiri depan pintu bertanya khabar dan merisik cerita kejadian.

En Norzaini seorang yg tabah, sangat terbuka, ceria &  redha dgn kemalangan yg terjadi.

Berat mata memandang
Berat lagi bahu yg memikul
Moga En Zaini segera sembuh dan kembali bangkit unt meneruskan kehidupan.. Aamiin!
Kami juga sempat visit ibu bapa Haliza di rumahnya Fasa Beringin.

*******sekian*********

25/02/2016 @ Khamis

Assalamualaikum semua

Saya sempat lawat Cikgu Norida sebentar tadi.

Seperti juga En Norzaini, Cikgu Norida juga positif dlm menerima ujian.  Kala saya beri salam dia tersenyum menyambut dan saya tidak sangka dialah Cikgu Norida jiran yg tidak pernah saya selisih bahu/jumpa.
Saya kerumahnya ditemani Maslina,,kami pergi verdua kerana situasi cikgu norida.
Memang dah rezeki nak jumpa dia.  Walau kritikal kita tidak nampak kritikalnya.. senyumnya masih manis & tenang.
Nikmat tidur telah diambil,,dia tidak lagi berbaring seperti kita yg sihat, tidur atas kerusi menelungkup atas meja beralas bantal.
Melihat cikgu norida mari kita semua ambil ikhtibar.
Usahalah kita semua unt lebih dekat dgn Allah swt.  Jgn sayang meninggalkan tempat tidur di sepertiga malam...
Sama-sama kita berdoa.
Kepada cikgu norida moga dia diberi kekuatan menerima ujian, diampunkan segala dosa di dunia dan akhirat dgn RahmatNya....aamiin

Saya tidak ambil gambar sbb hormat kpd keluarga dan pesakit.  Kurang manis dlm keadaannya begitu.

Harap semua beringat ya, jaga adap kala ziarah, lihat keadaan org yg kita ziarah.

Ini saja unt hari ini.
Moga kita semua sentiasa dlm perlindunganNya Yang Maha Kuasa... ok lah ada asap masuk ke mata
*******sekian*******

Jannah & Arami

Kalau tak betul perkiraan adakala cucu pun boleh jual Opah.  Lepas bermain katanya nak basuh tangan, opah pusing sekejap aja, berdua tu dah berenang.  Kalau anak-anak dulu mau dah kena, cucu kan, opah boleh senyum.