Language

August 18, 2016

Mencari Cinta, Malu itu Iman

Wow, dah ada anak. "bila budak ni nikah".
Ya Akhir zaman, malu semakin pudar dan tidak lagi jadi satu keaiban melahirkan anak luar nikah, 2 - 3 bulan nikah dah upload gambar anak.  Dulu aku tidak faham kenapa malu dikaitkan dengan IMAN.  Hari ini segalanya jelas, malu itu adalah senjata bagi mengelakkan perlakuan di luar batas.

Malu dan iman beriringan, andai salah satu hilang, yang lain juga akan hilang.

Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.

Rasulullah lebih malu dari anak dara.

Hadis dari Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah saw lebih pemalu daripada seorang gadis yang bverada di dalam biliknya.
Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya (Sahih Muslim: 4284)

Wahai anak-anak peliharalah malu.
Bercinta tidak salah, namun bagaimana meletakkan cinta agar sesuai dengan tuntutan Islam, juga adab dalam masyarakat.  Mendahulukan cinta Allah swt, adalah jalan selamat untuk setiap pasangan yang mula bertatih dalam mengenal cinta.  Mencintai antara fitrah kehidupan, dengan cinta dan kasih sayanglah mampu mengukuhkan setiap/segala sesuatu. Cinta mesti dikawal dengan bijak, tidak wajar dibiarkan bebas hingga melanggar batas syariat.




Istikharah Cinta oleh Ummu Anas
Belilah buku ini.  Moga berjaya mencari cinta yang diredhai.




"Ya Allah, aku mohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar.  Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa.  Engkau yang Maha Mengetahui segala yang Ghaib.  Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya.  Sebaliknya apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua.  Puaskan aku dengan takdir-Mu itu"

Aamiin!


HanRahim:  Bergelut mengharap Cinta-Mu

No comments: