Language

August 29, 2012

Bahtera Cinta...

"Hanom Ibrahim - Seorang wanita yg memerlukan kesempurnaan dan kebahagiaan di dalam kehidupannya... Dia seorang yang amat baik hati dan suka memberikan komen-komen yang baik pada kawan-kawannya... Siapakah yang sudi untuk melayari BAHTERA CINTA kebahagiaan bersama-samanya...????  Dia juga seorang yang pandai berdikari dan berniaga sendiri... Cukup tabah hati mengharungi dugaan dari yang Esa..... "

Tersentak membaca bait-bait ayat dari seorang kawan. Hati tersentuh lembut dan terasa amat syahdu.
Akhir-akhir ini aku hanya memikirkan diri sendiri dan anak-anak yang telah berdikari, hidup yang jauh lebih selesa dari dulu berbanding sewaktu mula-mula bergelar ibu tunggal.
Bukan kerana sebuah kebebasan, kebebasan hanya mudah diucapkan.  Ia mungkin umpama matahari pagi atau angin sepoi yang menyegarkan.  Namun jauh disudut hati aku yakin bahawa setiap orang dilahirkan bebas, bebas dari dosa, kufur dan syirik kepada Allah swt.  Kemudian dari itu apabila seseorang terjerumus dan berubah menjadi ingkar & angkuh  kepada Allah... ia tidak bebas lagi.
Bila diajukan soalan "kenapa tidak kahwin lagi", aku seolah-olah langsung tiada perasaan, aku seolah-olah merasa terbeban andai memilih untuk berkahwin lagi. Namun jauh di sudut sebenarnya aku yang sangat bimbang untuk memiliki suami lagi.. bimbang tidak dapat memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri. Jika di minta untuk taat dan setia... InsyaAllah! Yang aku bimbang melayani makan minum dan beban kerja harian lain.  Aku sangat bimbang apakah aku mampu menjadi seorang isteri lagi yang akan memikul segala tanggung jawab kembali menguruskan rumah tangga yang tidak pernah berhenti.
Besar ganjarannya bagi yang ikhlas dan sabar.  

Walau pun jika di pandang dari sudut lain ini adalah satu ibadah.. Ganjarannya amat besar kiranya seorang isteri itu ridho memikul tanggung jawab ini.... Namun di usia sekarang aku hanya memilih untuk terus bersendiri.  Segalanya adalah ketentuan Allah swt.