Language

October 22, 2017

Perasmian Pakej Perkahwinan

TANDA DI JARI MANISMU
Adat perkahwinan melayu penuh sopan, si gadis ibarat sekutum bunga mekar yang belum disentuh, berterbangan kumbang-kumbung mengintai.  Masih relevankah hari ini merisik dan cincin tanda sebagai pembuka kata bahawa gadis tiada yang punya dan sudah ada yang ingin menyunting.  Inilah yang di bincangkan di Bengkel Adat Resam Pertunangan dan Perkahwinan oleh Perancang Perkahwinan PAK ABU

Selain itu kami turut membincangkan:

1.  Adat dan adap meminang sesuai dengan tuntutan islam
2.  Aturan dan tatacara meletak/mengatur hantaran
3.  Kepala adat
4.  Tetamu dan siapa yang perlu dijemput
5.  Majlis Nikah
6.  Majlis Resepsi
7.  Keupayaan Wedding Planner menyusun sesuai dengan adat, adap dan tidak bercanggah dengan agama.
8.  Tidak membezakan menu dan gift untuk tetamu

Banyak gambar, boleh terlupa bergambar dengan Pak Abu.







Bersama Chef Zainal


October 17, 2017

MASA LALU YANG BANYAK MENGAJAR


Zaman dulu ramai yg susah.  Teringat sembang dgn Nora, " kita hanya nak lulus SPM untuk cari kerja".  Walau ada peluang yg besar kesempitan hidup menjadikan anak-anak perempuan masa itu berkorban demi family.

Terbaca kisah Raja Shamri,  teringat ketika aba g Ihsan masa nak ambil keputusan MCE kena bayar 0.30sen pun abang tiada. Alhamdulillah kawan2nya tongtong bayar.  Abang antara 'top students' mestilah kawan-kawan nak tengok keputusan dia dulu.  Kawan-kawan abang Nazri dan Sani selalu lepak di rumah, aku pula selalu hidang apa yang ada sebagai habuan mereka sambil sembang-sembang, lagi gemar lah mereka melepak.  Sambil gelak-gelak kata mereka "kami ni bersandar pada keputusan Ihsan, kalau dia 1st gred, ada peluanglah kami 2nd gred tapi kalau Ihsan 2nd gred, hancurlah harapan kami"  Masa tu 3rd gred susah sambung belajar, biasanya yang 3rd samada ambil exam lagi atau cari kerja.

Balik rumah, ayah menangis tunjuk duit rm 30.00 setelah cagarkan jam pada 'Gemok' kawan chinanya.

Ayah kata, kesusahan ini adalah nikmat. Selepas itu persiapan untuk abang fly ke UK pula, mak jahit sendiri 'coat' untuk abang.

Sebelum tu ayah sempat bisik, "Anom berhenti sekolah tolong ayah ya".

September 27, 2017

Majlis Resepsi 24/09/2017













Pernikahan Amar 22/09/2017







MENGENANG KALA DI UJI

Enam tahun berlalu, Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.  Mengenang 2011 diberi sakit, betapa bersyukurnya aku sekarang.  Tanpa di duga waktu itu, dalam sihat langsung tidak menjangka datang ujian dari yang Maha kuasa, kaki tiba-tiba kaku tidak boleh berdiri.  

Hayati bawa ke hospital Serdang, setelah di xray, tiada apa-apa, mungkin radang saja, kata doktor.  Saya di beri injection dan di benarkan balik.  Esok ya menjelang subuh kaki kaku lagi dan tak mampu berdiri.  Setelah berbincang dengan Hayati kami ke KPJ Seremban. 

disahkan jangkitan saraf belakang. Addmitted hampir sebulan, pakai pampers dah masa tu.  Ttidak sangka anak-anak bergilir menjaga dan paling tidak sangka anak lelaki yg dari kecil manja, boleh  menjaga sepenuh masa. Alhamdulillah selepas 3 bulan saya kembali pulih, namun untuk betul-betul kuat mengambil masa 6 bulan.

"Ya Allah, tambahlah ilmuku, bimbinglah hatiku untuk istiqamah beribadah, menghiasi indahnya sepertiga malam MU.  Jadikan aku dan anak-anak serta keturunanku antara hamba-hamba MU yang terpilih mendapat tempat di sisi MU dalam keredhaan MU di dunia dan di akhirat dengan RAHMAT MU YANG MAHA LUAS"


Buat anak2ku moga sentiasa di dalam RahmatNYA mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Ujian dan dugaan dari Allah swt berbagai bagai, biar apa pun yg kita terima, redha & syukur kerana hanya DIA yang Maha mengetahui setiap anugerahNYA.

HanRahim:  Siapalah aku tanpa kasih dan cinta MU.

Padang 14 - 18 Oktober 2017

Ajaklah ke Padang, pasti tidak mengecewakan.  Entah kali ke berapa ke sini.  Selain melihat perusahaan dan pertanian, Padang paling sesuai untuk berehat menghirup udara segar dari hutan-hutan simpan, gunong ganang yang masih gagah membelah kabus pagi.  

Aie Angek Cottage penginapan wajib setiap kali ke Padang.







Rumah Puisi di Aie Angek Cottage.


HanRahim:  Mencari sesuatu yang semakin hilang oleh arus pembangunan di Tanah Air ku

August 22, 2017

Jamuan Aidilfitri di Rumah Resmi Dato' Bandar Shah Alam

Walau jiran sebelah rumah, ada hubungan jauh kekeluargaan, keluarga kami sangat rapat.  Namun kalau tidak bersungguh dijemput, besar kemungknan aku dan keluarga tidak akan hadir.  Selain Ujang dan Zaharin menjemput, Kak Ngah, Kak Lang dan Serah bertalu-talu kirim undangan.  Makcik Teh diberi Allah swt melihat kejayaan anak-anaknya, namun orang tua tu sekarang lebih banyak diam dari mahu berkata-kata.  Namun dia masih kenal 'Hanom & Arfian' bila disebut nama kami.  Alhamdulillah.







Makcik Teh

Doa kaklang buat Zaharin dan family terus bahagia juga diberi kejayaan di dunia dan akhirat.

POLIGAMI

"Anakanda, perkahwinan adalah tanggungjawab, inikan pula menjadi yang yang ke 3 dari perkahwinan yang ke 5".

Dia ada rupa kecil molek, putih kemerahan, hidung mancung seludang, apalah kurangnya dia, bisik hatiku. Dalam usia 33 tahun dia belum bertemu jodoh, lantaran asakan dari bossnya yang telah beristeri 2 dari 4 perkahwinan, , dia pasrah untuk menjadi yang ke 3.  

30 Mac 2017
Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan

Latarbelakang boss nya tidak asing bagiku kerana kami ada pertalian darah, cerita-cerita mengenai kawin cerai dan kegilaannya kepada perempuan bukan perkara asing.  Aku tidak mahu dia menjadi mangsa, mangsa oleh kata manis dan janji indah sebuah perkahwinan.  Tidak mahu dia kecewa selepas berpoligami.

HanRahim:  Kenyataan adakala menyakitkan.

10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Masjid Al-Hidayah Sg Pencala - 21 & 22.8.2017

KEUTAMAAN  DAN KELEBIHAN ZULHIJJAH
1.     Zulhijjah antara salah satu bulan yang Allah swt suka.  Setiap bulan yang Allah ciptakan tidak sama, setiapnya ada kelebihan.  Berbanding Ramadhan wajib berpuasa bagi setiap hamba yang mampu, Zulhijjah lebih Allah sukai kerana IBADAH SUNAT yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA dengan bersungguh-sungguh, walau jika MENGINGGALKAN/TIDAK BUAT di kira TIDAK BERDOSA.
1 – 10 hari pertama Zulhijjah terbaik dan paling istimewa – Al-Haj ayat 28,  
Al-Fajr ayat 1 – 4: Allah swt bersumpah dengan waktu fajar penghujung malam/awal pagi.
Hari ke 9 – wukuf
Hari ke 10 – Hari Raya Qurban

2.    Setiap hamba yang berfikir dan sabar pasti melakukan amalan pada bulan suci ini, merebut banyak kelebihan yang Allah sediakan.  Setahun 365 hari, setiap amalan digandakan (Al-A’raf ayat 142, Al-Baqarah ayat 197).  Ibadah paling tinggi adalah orang yang berjuang fisabilillah dan mati syahid, ibadah 10 hari pertama Zulhijjah adalah lebih istimewa dan lebih besar ganjarannya dari mati syahid.  Kerana itu rebutlah peluang-peluang yang Allah sediakan, itu adalah 10 hari yang lebih baik dari bulan Ramadhan.
·         Solat di Mekah 100 ribu melebihi dari tempat lain (bagi yang mengerjakan haji)
·         Solat pada 10 hari pertama Zulhijjah, 1 hari bersamaan ( = ) 1 tahun
·         Puasa pada hari ke 9 Zulhijjah (wukuf) = 200 tahun dan diampunkan dosa-dosa setahun lepas dan dosa-dosa setahun akan datang.
·         Puasa sunat – 70 tahun terhindar dari neraka – Al-Anbiya’ ayat 101
·         Malam ke 10 Zulhijjah =  malam Lailatulqadar
·         Semua amalam baik yang dikerjakan pada 10 hari pertama Zulhijjah = 700 x ganda.

3.    Ramadhan baru berlalu, kerja kuat beramal sehingga 30 hari tanpa penat dan jemu.  Kemudian Allah kurniakan Zulhijjah yang melebihi amalan-amalan di bulan ramadhan lalu diampunkan semua dosa-dosa.  Bersunguhlah dan jangan malas berdoa dan mohon ampun kerana 10hari pertama Zulhijjah akan di kira GANJARAN pada SETIAP SAAT (Al-Baqarah: 198 & 200, Al-Imran 191, An-Nisa 103 & 142, Al-A’raf: 205)
·         Tiada had masa berzikir dan seorang yang sentiasa berzikir tidak akan lalai. (Al-Ankabut: 45)
·         Solat akan menjauhi daripada mungkar
·         Sentiasa baca Al-Quran –
·         (Al-Ahzab: 35) – sangat baik dapat di amal sebagai zikir.  Amalan tertinggi untuk hamba yang layak – “baca terjemahan dan fahami ayat tersebut”
·         Lafazkan juga “Labbaikallahummalabaik………… walaupun tidak mengerjakan haji/umrah.  Tidak salah melafazkan, kerana menyahut ‘seruan Allah swt”.
·         Selepas 10 hari pertama Zulhijjah hendaklah:
Ø  Jujur dengan Allah
Ø  Jujur dengan diri sendiri
Ø  Jujur dengan manusia dan semuanya

4.    AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
i)             Zikir
ii)            Puasa 9 hari
iii)           Qatam Al-Quran (3 juz setiap hari, bermula malam 1 Zulhijjah)
iv)           Takbir – Allahuakbar
v)            Qiamullail (bangun ibadah malam) – 1 sujud di ankat dosa
vi)           Solat subuh di Masjid (Jemaah), selepas subuh zikir hingga matahari terbit dan disudahi dengan solat Dhuha.
vii)         Iktiqaf hari ke 9
viii)        Mejamu bagi yang berpuasa
ix)           Berbakti kepada kedua ibubapa (bagi yang telah meninggal, doa dan sedekah untuk mereka)
x)            Silaraturrohim – hubungkan saudara2 jauh dan dekat semampunya.
xi)           Baca surah Al-Ikhlas 100x dan lebih setiap hari. (1 x = Bina 1 rumah dalam syurga)
xii)         Solat sunat – sekurang2nya 12rakaat sehari = sebelum tidur telah terbina istana disyurga.
xiii)        Istifar – 100x setiap hari
xiv)        Banyakan beri salam setiap bertemu muslim
xv)         Amal makruf nahi mungkar – ingat mengingat dan berpesan-pesan kpd kebaikan
xvi)        Jaga lidah
xvii)       Ihsan/berbuat baik kepada jiran
xviii)     Muliakan tetamu
xix)        Infak fisabilillah
xx)         Infak kepada keluarga terdekat
xxi)        Ziarah orang sakit
xxii)       Bantu Orang
xxiii)     Bersalawat (jangan tinggalkan salawat)
xxiv)     Sambung silaraturrohim dengan sahabat2 ibu ayah
xxv)       Doa untuk saudara, kawan dan semua orang termasuk diri sendiri
xxvi)     Gembirakan hati orang2 islam
xxvii)    Amanah dan tunaikan janji
xxviii)   Jangan tinggalkan doa antara Azan & Iqamat
xxix)     Baca surah Al-Kahfi (Jangan tinggalkan pada malam Jumaat)
xxx)       Solat fardhu di masjid
xxxi)     Bersihkan hati – buang sifat sombong, bangga diri, marah, hasad dengki dll.



 HanRahim:  Bimbinglah hati-hati kami mencintaiMU


July 26, 2017

SAHABAT AYAHIBU

Pakcik Omar dan Makchik Rose, jauh terpisah pasti dicari.  Surat surat silih berganti bertanya khabar diri. Begitulah tautan kasih persahabatan antara ayah dan pakcik Omar sekeluarga.  Aku sayang mereka ini, moga Rahmat Allah menaungi mereka berdua diampunkan segala dosa, ditempatkan di antara hamba-hamba NYA yang beriman dan beramal soleh... Aamiin!

Dua bulan lalu aku sempat ziarah mereka, makcik kelihata uzur dan katanya kurang selera makan.  Pakcik seperti biasa sembang dan gelaknya masih kuat seperti dulu.




4hb April 2017 jam lebih kurang 12malam.  Pakcik Omar menghembuskan nafas terakhir.  Baru bercadang untuk ziarah makcik Rose, kami di beritahu makcik telah mengikuti pakcik 2 hari kemudian  Bercinta hingga ke hujung nyawa.









HanRahim:  Mencintai pasti diuji.