Dia ada rupa kecil molek, putih kemerahan, hidung mancung seludang, apalah kurangnya dia, bisik hatiku. Dalam usia 33 tahun dia belum bertemu jodoh, lantaran asakan dari bossnya yang telah beristeri 2 dari 4 perkahwinan, , dia pasrah untuk menjadi yang ke 3.
30 Mac 2017
Pinggiran Bayu, Mantin, Negeri Sembilan
Latarbelakang boss nya tidak asing bagiku kerana kami ada pertalian darah, cerita-cerita mengenai kawin cerai dan kegilaannya kepada perempuan bukan perkara asing. Aku tidak mahu dia menjadi mangsa, mangsa oleh kata manis dan janji indah sebuah perkahwinan. Tidak mahu dia kecewa selepas berpoligami.
HanRahim: Kenyataan adakala menyakitkan.
HanRahim: Kenyataan adakala menyakitkan.
No comments:
Post a Comment