24/02/2016 @ Rabu
Alhamdulillah visit En Norzaini di no 311, Jln 2A Tanjung.
Isterinya tiada di rumah kami seramai 6 org sekadar berdiri depan pintu bertanya khabar dan merisik cerita kejadian.
En Norzaini seorang yg tabah, sangat terbuka, ceria & redha dgn kemalangan yg terjadi.
Berat mata memandang
Berat lagi bahu yg memikul
Moga En Zaini segera sembuh dan kembali bangkit unt meneruskan kehidupan.. Aamiin!
Kami juga sempat visit ibu bapa Haliza di rumahnya Fasa Beringin.
*******sekian*********
25/02/2016 @ Khamis
Assalamualaikum semua
Saya sempat lawat Cikgu Norida sebentar tadi.
Seperti juga En Norzaini, Cikgu Norida juga positif dlm menerima ujian. Kala saya beri salam dia tersenyum menyambut dan saya tidak sangka dialah Cikgu Norida jiran yg tidak pernah saya selisih bahu/jumpa.
Saya kerumahnya ditemani Maslina,,kami pergi verdua kerana situasi cikgu norida.
Memang dah rezeki nak jumpa dia. Walau kritikal kita tidak nampak kritikalnya.. senyumnya masih manis & tenang.
Nikmat tidur telah diambil,,dia tidak lagi berbaring seperti kita yg sihat, tidur atas kerusi menelungkup atas meja beralas bantal.
Melihat cikgu norida mari kita semua ambil ikhtibar.
Usahalah kita semua unt lebih dekat dgn Allah swt. Jgn sayang meninggalkan tempat tidur di sepertiga malam...
Sama-sama kita berdoa.
Kepada cikgu norida moga dia diberi kekuatan menerima ujian, diampunkan segala dosa di dunia dan akhirat dgn RahmatNya....aamiin
Saya tidak ambil gambar sbb hormat kpd keluarga dan pesakit. Kurang manis dlm keadaannya begitu.
Harap semua beringat ya, jaga adap kala ziarah, lihat keadaan org yg kita ziarah.
Ini saja unt hari ini.
Moga kita semua sentiasa dlm perlindunganNya Yang Maha Kuasa... ok lah ada asap masuk ke mata
*******sekian*******
No comments:
Post a Comment