Language

February 23, 2014

Nama yang tercicir..

Waktu membuat keputusan untuk bernikah.  Ada lebih baik tinggalkan semua cerita di belakang, jangan ulangi dan simpan walau sebagai kenangan.  Puisi ini telah berusia lebih 30 tahun, lahir sebuah karya saat manisnya bulan madu.

Fitrah ciptaan Allah, yang muda sememang cantik, kulit halus tanpa solekan pun tetap cantik.  Didikan ibu yang kuat dengan pegangan agama dan tidak bebas, lebih membuat setiap teruna membuka mata.. samada sedar atau tidak 'pernikahan' ku membuat ramai yang terkejut.

Alam pertunangan yang merimaskan, gangguan, rayuan datang menduga.  Bersyukur kepada Allah yang telah menunjuk jalan, dalam usia muda aku dapat berfikir dengan baik.  Waktu itu aku tidak memikirkannya sebagai ujian, yang aku fikir ialah mesti memegang janji dan keputusan yang aku buat adalah yang terbaik dengan restu kedua ibu bapa... Alhamdulillah!

Tidak mengutus mu
Bukan lupa
Nama mu tercicir
Kala hati mencecah manis
Hangatnya bulan madu
Usah merajuk kawan
Esok-esok
Kau juga
Akan rasa
Apa yang ku rasa..

Maafkan aku...

HanRahim (Hanom Lubis)
Ipoh - Disember 1980

2 comments:

Rahmat said...

sangat bagus sekali
:-)

Hanom said...

Terima kasih Rahmat.
Baru baca, lama tidak menyusur blog kerana laptop 'merajuk'😁