Language

December 21, 2013

Percaturan Dalam Kehidupan

Assalamualaikum,
Bernaung di Bumi Ratu atas ketentuan Allah swt.  Terbang meninggalkan tanah air pada 6 Disember 2013 lalu.  Satu jam transit di airport Doha tidak banyak yang dapat dilakukan, kerana masa yang sangat singkat hanya sepat ke bilik air dan terus ke gate untuk boarding.

Landing di Heatrow London tepat jam 1.00 tengahari,  awal musim 'winter' udara sejuk mula menyapa. Urusan imegresen di permudahkan oleh Allah swt.  Sebelum meneruskan perjalanan ke Southampton aku sempat Jama' Zohor dan Asar di Airport.  Sebuah bilik yang disediakan untuk beribadat yang agak selesa, Alhamdulillah.

Dr Shaza, suami dan anak-anak telah sedia menunggu, kami meneruskan perjalanan ke Southampton.  Dr Shaza adalah kenalan Arfian (adik bungsu) dan isterinya semasa menetap di Oxford.  Aku bercadang menetap di Southampton selama 6 bulan mengikut kelayakan visa, namun jika Allah mengizinkan aku mahu lebih lama di sini, mungkin terus menetap di sini dan Allah menunjukkan sumber rezeki untuk menyara kehidupan di sini.  Aku menyerahkan segalanya kepada Allah yang Maha Berkuasa untuk menentukan 'percaturan' kehidupan ku di dunia ini.

Untuk bekerja di sini bukan satu perkara mudah, aku tidak punya kelulusan akedamik yang baik dan bukan mudah mendapat permit untuk bekerja.  Kerajaan britain tidak menggalakkan kemasukan orang luar untuk bekerja di sini. Setakat ini hanya satu yang aku fikirkan ialah 'perniagaan'.

Wahai kawan-kawan ku di Malaysia marilah ku perkenalkan Branded product yang murah di sini.  Jika kawan-kawan membeli kain bernilai RM60.00 di Malaysia dengan quality rendah.  Marilah ku perkenalkan barang yang bagus dengan harga yang sama.  Mark & Spence jenama popular di seluruh dunia, banyak lagi barang-barang branded di sini yang sangat ber 'quality', In sya Allah.

Coretan ringkas ini berhenti di sini.  Salam rindu untuk saudara mara dan semua kenalan di Tanah Air.








No comments: