Ketiadaan menimbul rasa kehilangan
Kerinduan tidak lagi dapat dilepaskan
Setahun lalu aku masih sempat
menyuap makanan ke mulut ayah
Dia mengangakan mulut
perlahan mengunyah sambil katanya
"Tak payahlah suap ayah, biar ayah makan sendiri,
Ayah tak mahu susahkan kelian"
Aku jawab..biarlah ayah, dulu ayah telah banyak bersusah payah untuk kami sekarang apa salahnya kami bersusah sikit untuk ayah. Dalam keadaannya yang tidak upaya mengangkat tangan, aku terus menyuapkan sekeping roti canai kesukaannya. Setelah suapan ke 4 dia tolak tangan ku, katanya "sudahlah ayah tak lalu lagi".. aku pujuk dia untuk terus makan namun dia menolak.
Ayahanda ku
dalam pejam mata ada air mengalir
akulah itu yang sentiasa merindui mu
Beg merah
yang kau galas di belakang basikal
masih segar di ingatan ku
senyum bangga menyambut aku pulang
kita beriringan berjalan
ke stesyen bas
Waktu itu...
itulah yang mampu kau berikan
tiada kereta mewah, tiada rumah besar
hanya ambil berat dan kasih sayang
yang tiada penghujung
buat anak-anak mu
Al-Fatihah dan sekalung doa untuk ayahanda ku yang telah pulang menemui Penciptanya.
1 comment:
berderai airmata mengingatinya..panggilan achuuu satu memori indah..Semoga ayahbonda sentiasa di dalam rahmat Allah disana....
Post a Comment