Language

June 2, 2008

Bidan Terjun....

Sedang beristirrehat saya terima panggilan dari seorang kawan. Panggilan hari ini untuk jadi 'bidan terjun'...

Majlis perkahwinan di Desa Melati minta menyediakan 'lauk pangantin' pada hari Ahad 1 Jun 2008. Mulanya saya keberatan kerana ingin berehat saja di rumah di hujung minggu dan kebetulan untuk memenuhi undangan bapa saudara di Bukit Stiawangsa.

Kerana sukar menghampakan hajat dan ingin menolong kawan, saya akhirnya bersetuju menyediakan 5 jenis masakan dan 2 set setiap satu.

Menu pilihan saya:
1. Roast Chicken + brown sos
2. Ikan siakap goreng + thai sos
3. Udang gula hangus + nenas dan timun
4. Jelly + kuah kastad
5. Hiasan buah-buahan

Alhamdulillah, jam 10.30 pagi semua masakan siap. Saya dibantu oleh anak sulong yang sangat kreatif. Kami tiba di rumah pengantin jam 11.00 pagi. Tiba di sana saya disambut oleh penduduk setempat iaitu selaku 'penanggah'. Saya memperkenalkan diri dan mohon ruang untuk meletak dan menyiapkan hiasan untuk hidangan. Salah seorang penanggah yang dikenali sebagai Kak Ani bertanya saya jika ada apa-apa yang perlu ditolong. Saya mengatakan ini kerja senang, semua dah masak saya cuma nak hidang dan hias saja. Dia tanya lagi "mana pinggan, gelas dan lain-lain peralatan meja pengantin". Saya mengatakan tidak tahu, saya cuma diberitahu menyediakan 'lauk pengantin' saja. Keadaan jadi kecoh sedikit, saya minta mereka bertenang dan saya minta untuk bertemu tuan rumah.

Tuan rumah dengan ringkas menyatakan "dia tidak tahu apa-apa, dia tahu semuanya disediakan", dia telah serahkan semuanya kepada seseorang. Untuk mengelakkan keadaan jadi tidak terurus, saya minta anak saya beli saja pinggan, gelas dan sudu garpu di kedai-kedai berhampiran.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'penanggah-penanggah' yang dengan murah hati memberi kerjasama. Saya sangat terharu dengan keikhlasan mereka, walaupun seperti yang dibisikkan kepada saya bahawa semenjak berjiran tuan rumah tidak pernah bergaul dengan mereka. Namun mereka sudi bergotong royong menyediakan hidangan untuk lebih kurang 500 orang. Cerita ini tidak habis di sini sebenarnya, banyak lagi pengajaran dan ikhtibar dari cerita-cerita 'penanggah' mengenai tuan rumah. Namun saya anggap ia adalah sebuah pengalaman untuk dikutip buat pedoman dan panduan.



Hanom : yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan panduan...

2 comments:

Anonymous said...

Hebat sebagai bidan terjun, bagaimana nak dapatkan perkhidmatan istimewa dari cik :)

Anonymous said...

Seronok jadi bidan terjun dari merancang sesebuah pekerjaan , kerana ia membuat kita lebih memahami apa itu pekerjaan dan apa itu kesudahannya dari kita merancang dan kemudian kita masih tidak berpuas hati.