Language

September 19, 2014

Pontianak di Majlis Ijab Kabul Topan dan Imar

Bertemu Imar di Jakarta dan meneruskan perjalanan ke Pontianak.
 Topan dan Imar selamat di Ijabkabul.  Semoga berbahagia hingga nyawa memisahkan.
 Imar Mar dan Ibunya Topan.



 Bersama Akmal, semoga segera menyelesaikan pengajian di Darul Quran.
Bersama Topan di Mall Pontianak makan Jcool ice cream

August 1, 2014

Sekembali ke Tanah Air


IJN visit bapa saudara.

Besar maknanya kembali bertemu
menghakis kerinduan
terkurung oleh jarak dan musim luruh
sukma sunyi kembali meriah
oleh gelak dan tawa
usik dan gurau

Berbuka puasa di rumah kak long.

9 beradik bila bertemu dengan anak-anak dan cucu masing-masing.

May 16, 2014

Assalamualaikum,

Semakin cepat hari berganti, telah 5 bulan berlalu.  Hanya tinggal beberapa minggu untuk kembali bertemu semua yang di ingati dan sentiasa di rindui di Tanah Air ku Malaysia.  Biar hujan batu sekalipun, tempat tumpah darah sentiasa di hati.

Lebih 5 bulan di Bumi Ratu, biar gambar bercerita.

Southampton City Cetre

Awal pagi dan dingin Southampton
nyaman pekena Latte.








Untuk seorang kawan

Antara buah tangan akan di bawa pulang
Berkawanlah dengan siapa saja.
Pasangan Doktor Sri Langka
Victoria Station, London
Perjalanan pergi/balik Southampton/Leeds/Southampton




Wetherby Road, Leeds - Waway & suami Zul (tiada dlm gambar)
menyediakan Yong Tau Fu buat santapan kami.

 

Leeds - Keluarga Ustaz Daud Norakit
bagi mereka siapa saja akan menjadi keluarga, sungguh harmoni.

Jemputan makan tengahari di Bradford - Fauziah dan suami



Leeds City Centre
Perempuan dan membeli belah bagai irama dan lagu.


Pemandangan biasa melihat warga emas  berjalan sendirian, kebiasan mereka menaiki teksi atau bas untuk ke destinasi pilihan.  Public transport sangat mesra alam dan mudah bagi warga emas dan orang kurang upaya.




Masih banyak lagi, harap sabar menanti ke destinasi seterusnya.













March 20, 2014

Mata ku terpahat seorang tua di kaki lima...

Belajar dengan perjalanan, merantau melihat suasana dan cara hidup.  Di usia lanjut bukan akhir sebuah kehidupan.  Southamton menemukan aku dengan orang-orang tua yang masih menikmati kehidupan hari tua dengan ceria dan santai bersama kawan-kawan. Hujung minggu di West Quay City Center seawal 9 pagi orang tua ini bersendirian menikmati suasana pagi.  Mungkin lelaki ini seusia arwah ayah.  


HanRahim - Ayahbonda rindu tetap menyala.


March 16, 2014



Atas nama kejadian
merekah kelopak
berwarna warni
Southampton bermandi cahaya
musim bunga..













February 23, 2014

Nama yang tercicir..

Waktu membuat keputusan untuk bernikah.  Ada lebih baik tinggalkan semua cerita di belakang, jangan ulangi dan simpan walau sebagai kenangan.  Puisi ini telah berusia lebih 30 tahun, lahir sebuah karya saat manisnya bulan madu.

Fitrah ciptaan Allah, yang muda sememang cantik, kulit halus tanpa solekan pun tetap cantik.  Didikan ibu yang kuat dengan pegangan agama dan tidak bebas, lebih membuat setiap teruna membuka mata.. samada sedar atau tidak 'pernikahan' ku membuat ramai yang terkejut.

Alam pertunangan yang merimaskan, gangguan, rayuan datang menduga.  Bersyukur kepada Allah yang telah menunjuk jalan, dalam usia muda aku dapat berfikir dengan baik.  Waktu itu aku tidak memikirkannya sebagai ujian, yang aku fikir ialah mesti memegang janji dan keputusan yang aku buat adalah yang terbaik dengan restu kedua ibu bapa... Alhamdulillah!

Tidak mengutus mu
Bukan lupa
Nama mu tercicir
Kala hati mencecah manis
Hangatnya bulan madu
Usah merajuk kawan
Esok-esok
Kau juga
Akan rasa
Apa yang ku rasa..

Maafkan aku...

HanRahim (Hanom Lubis)
Ipoh - Disember 1980

February 18, 2014

Mutiara berbalam-balam Ku hitung… Satu persatu Samar dalam kabur air mata Pancaran sinar jenih Putih menggilap kegelapan  Wahai kekasih… Pantaskah aku  Memuja mu dalam timbunan silam Langkah terlepas Rakus oleh nafsu  Bayang-bayang terasa bergoyang Bumi ku pijak terawang-terawang Luluh hati melayang Berdarah hati bagai di cincang  Silau resah ini Membawa aku bersendiri Mengadap wajah  Walau tidak ku tahu Apa yang bakal… kau berikan…  Kasih…. Andai  denyut nadi ini terlepas Sediakan untuk ku Sedikit ruang di sisi mu   HanRahim Southampton – February 18/2014


Mutiara berbalam-balam
ku hitung…
satu persatu
samar dalam kabur air mata
pancaran sinar jenih, putih
menggilap kegelapan

Wahai kekasih…
pantaskah aku
Memuja mu dalam timbunan silam
Langkah terlepas
Rakus oleh nafsu

Bayang-bayang terasa bergoyang
bumi ku pijak terawang-awang
luluh hati melayang
berdarah bagai di cincang

Silau resah ini
terdampar sendirian
 mengadap wajah-wajah
walau tidak ku tahu
apa yang bakal…
kau berikan…

Kasih….
runtuh keegoan
rintih perit jadi rindu
CINTA
terpahat dalam rasuk fana
andai  denyut nadi ini terlepas
adakah untuk ku
sedikit ruang di sisi mu


HanRahim
Southampton – February 18/2014