Language

December 30, 2020

RU4 EXSRC 1971 - 1975

18 & 19/09/2020
Hadir pelancaran Antologi Desir dari Pesisir Hati di Pasir Mas Kelantan. 

Hari ini baru ada kesempatan menilik gambar REUNION EXSRC. 

20/09/2020
Dari Kelantan terus ke Ipoh. Kembali dari Ipoh agak kurang sihat, ketika menulis mata masih layu tapi kalau ada kawan call masih mampu ketawa, fitrahnya Puan Hanom😊. Alhamdulillah.

23/09/2020
Terlanjur ke Ipoh saya sempatkan REUNION EXSRC, pada awal saya hanya jangkakan seramai 10 hingga 15 orang sahaja, lebih 30 orang hadir.  Memandangkan musim COVID19 banyak hotel tidak menyediakan buffet lunch pada hari biasa selain Sabtu dan Ahad sahaja. 

22/09/2020
Ke Restoran Simpang Tiga, agak eklusif, ada bilik khas dan menu yang lazat memuaskan bagi selera saya yang agak cerewet terutama untuk kumpulan besar.

Terima kasih kepada BFF Ann Zaa yang sentiasa jadi bodyguard setia mengiringi kemana sahaja walau saya SUPIRNYA😅.  Ann memang suka ambil kesempatan, jumpa saya terus tak mau memandu... Haaa.. aaa!

Tidak terhingga jutaan terima kasih kepada semua yang hadir terutama 👇
Bendahari Bada Rahman yang sangat amanah.
YB Aini Jamal (Yang Berusaha) 😅

Tanpa kamu semua siapalah saya.   Moga persahabatan ini kekal hingga masing-masing melepaskan kehidupan yang sementara ini.  Saya doakan sentiasa dalam sihat akal/fikir dan tubuh badan, bermanafaat di dalam kebajikan dan amal soleh, Aamiin!

HanRahim
Pinggiran Beringin, NS
Okt. 2/2020 @ 1422

October 6, 2020

NADA FITNESS

Hari ini 6/10/2020 @ 4.15 ptg kembali ke NADA FITNESS.  Biasa hanya exercise keliling taman dan angkat dumbell di kawasan rumah.  Dalam usia emas moga sentiasa di beri kesihatan baik, bermanafaat dalam kebajikan dan amal soleh.  Aamiin!

HanRahim:  Mewarnai hari lebih bermanafaat, belajar dari rindu dan titis renai. 

August 1, 2020

PERMATA BANDAR SELATAN KL

SEJARAH SG BESI, KUALA LUMPUR - PERMATA BANDAR SELATAN KL

Catatan  20/4/2020 18.00 pm
Info terbaru yg shbt2 bg telah saya update dlm catatan ini

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # 

Mungkin ada yg pro dan kontra catatan ini tetapi ianya dihasilkan dari pengalaman dan pengamatan 50 tahun membesar disini
Sebarang penambahan cerita dan gambar dialu-alukan untuk direkodkan dan dikemaskini  serta saya bersedia menerima pandangan dan teguran

Seharusnya SEJARAH PEKAN SG BESI wajar direkodkan bagi makluman & pemberitahuan masyarakat luar dan maklumat perkongsian di fb pada masa akan datang 
 mgikut carian termasuk di Google tidak terdapat sebarang catatan  rasmi memgenai sejarah asal  kewujudan kawasan Sg Besi dan kawasan2 sekitarnya

SG BESI -sebuah pekan terletak di Selatan Kuala Lumpur
Merangkumi dari TUDM Sg Besi hingga ke Kelab Lumba Kuda Selangor (dulu Lombong Mines Sg Besi) bhampiran Mines Shoping Compleks bersempadanan dengan Negeri Selangor  ketika zaman dahulu terdapat 1 batu sempadan Negeri Selangor / Wilayah Kuala Lumpur dibina berhampiran Kuarters Pekerja India Lombong Mines (dulu dikenali dengan nama Kg Kuyoh / Kuyow)

Bandar / Pekan ini dibina dan wujud diawal pasca kemerdekaan negara serta menjadi penempatan penduduk setempat terdiri kampung-kampung  tradisi, anggota tentera dari Kem Tentera Sg Besi, pekerja-pekerja Lombong Bijih Timah Sg Besi dsn mereka yang baru berhijrah ke KL ketika itu.

Antara kampung tradisi yg masih wujud di kawasan Sg Besi ialah Kg Malaysia Raya dan Kg Malaysia Tambahan
Kampung-kampung lain telah ditelan arus pembangunan seperti 
-  Kg Selamat (kini Desa Tasik & Bdr Tasik Selatan) 
-  Kg Pinang Kem (kini Bandar Baru Lake Field)
 -  Kg Sri Perantau (kini sebahagian Astro, Stadium Bkt Jalil, Petronas TPM)
 -  Kg Muhibbah / Kg Malaysia Baru (kini sebahagian Terminal Pengangkutan Bersepadu TBSKL) 
-  Kg Batu Kong (kini Desa Tun Razak)
-  Desa Sri Semarak (Lake Fields )
-  Kg Indah (sebahagian kws perumahan di Endah Prade Sri Petaling)
-  Kg Syed Mohamad 
-  Kg Benggali (Bdr Tasik Selatan)
-  Kg Pinang Tambahan (susur PLUS arah Selatan ke Lumba Kuda Selangor
-  Kg Raya Permai 
-  Kg Balak (bhampiran gate keretapi)

Kg Selamat bersebelahan kem tentera adalah contoh kg tradisi yg pertama menerima arus pembangunan hasil pemuafakatan yg baik antara penduduk, parti politik, pemaju, DBKL  yg ketika itu diterajui oleh Datuk Elyas Omar (Datuk Bandar KL) & En Shahir Samad (kini Tan Sri / bekas Ahli Parlimen Johor Bharu) selaku Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu

Penduduk Kg Selamat &  kawasan penempatan kecil disekitarnya (Kg Cina dibelakang Balai Polis / Kg Benggali ditapak penyimpanan gas Petronas bhampiran TBS)  bersetuju menyerahkan tanah bg projek pembangunan Desa Tasik / Bdr Tasik Selatan dan diberikan 2 unit perumahan percuma sebagai pampasannya

Perhubungan jalanraya dahulu adalah 
Jln Serdang - Sg Besi (kini Lebuhraya Besraya) Jalan Batu Kong - Kg Konggo Bdr Tun Razak (kini sebahagian MRR2) 
Pembukaan Lebuhraya PLUS ke Selatan & Lebuhraya Kesas ke Shah Alam & Petaling Jaya (sebelum ini pduduk terpaksa mggunakan Jln Kuchai Lama)   telah menyusun kembali jajaran trafik & merancakkan lg pembangunan di kawasan Sg Besi

Pembinaan Kompleks Sukan Stadium Bkt Jalil, dahulunya adalah tapak perlupusan sampah (damping) & Bkt Jalil Estet serta Pusat Transit Pendatang Vietnam telah menaikkan serta merancakkan lg pembangunan Sg Besi

Pengangkutan yg utama di kws ini satu ketika dulu adalah bas awam yg diterajui Syarikat Bas Tong Fong dgn mggunakan bas no 104,  107 dan 133 bg laluan Seri Serdang / Seri Kembangan - Puduraya, 
terdapat juga bas laluan khas yg terhad  ke Kem Tentera Sg Besi bernombor 109 utk kemudahan ahli keluarga tentera & pduduk disekitarnya

Apa yg melucukan apabila bas Tong Fong ini bhenti di Bengkel Jln Chan Sow Lin semua penumpang akan terjun tingkap utk turun cepat disebabkan bertukar bas😆

Operator bas kemudian ditukar kpd Bas Intrakota & terdapat penambahan laluan ke Petaling Jaya
Bas Mini juga turut memainkan peranan tetapi hanya beberapa tahun digunakan  bg laluan Tmn Sri Selamat (Kg Selamat)  - KL diawal tahun 90an

Laluan keretapi memang menjadi sinonim di kws ini dan sering menyebabkan kesesakan apabila pintu pagar keretapi ditutup utk mberi laluan keretapi (kini dibina Stesen LRT Sg Besi di tapak tersebut) namun tiada perhentian stesen dibina ketika itu

Penduduk hanya dapat menggunakan keretapi setelah Hentian Komuter Bandar Tasik Selatan (BTS) siap dibina pada 1996

Untuk rekod terdapat 5 buah lombong berada disekitar Pekan Sg Besi satu ketika dulu (tanpa mengambil kira Lombong2 milik Mines) yg menjadi tumpuan aktiviti masyarakat beriadah & kanak2 remaja mandi manda satu ketika dahulu iaitu
-  Lombong Wahab (di blkg balai Polis@Kg Selamat / kini menjadi pemilikan individu@Berjaya Group)
-  Lombong Tasik Biru (di Kg Malaysia)
-  Lombong Cina (di Kg Benggali) kini perumahan BTS 
-  Lombong Kem Semboyan Combat (kini Masjid Muqarobin BTS)
-  Lombong Kg Pinang Kem & Desa Sri Semarak (kini Lake Fields)

Terdapat 2 stesen minyak dibina (SHELL & ESSO) & mjadi mercu tanda utama utk masuk ke kws satu ketika dahulu  dan telah dipindahkan ke Bdr Tasik Selatan & berhampiran RNR Besraya arah ke Sri Kembangan

Pendidikan juga memainkan peranan utama dikawasan ini. 
Konsep SEKOLAH WAWASAN telah lama diwujudkan di kws ini dgn penempatan 3 buah disatu kws yg terdiri
-  Sek Rendah Kebangsaan Sg Besi,
 -  SRJK Cina 
-  SRJK Tamil di satu kawasan yg berpusat
Terdapat juga sebuah sekolan rendah di kws kem tentera (SK Pengkalan Tentera Darat Sg Besi) bg menampung keperluan pelajar anak2 tentera dan penduduk disini

Satu yg mengecewakan tiada sekolah menengah disini sewaktu permulaan kws Sg Besi ini wujud. 
Lepasan pelajar lelaki sekolah rendah kebanyakkan akan ke sekolah di KL iaitu
-  Sek Men  Aminuddin Baki
-  Sek Men  Dato Lokman
-  Sek Men St Gabriel 
-  Sek Men Jln Chochrene

Manakala  pelajar perempuan ke 
-  Sek Men Puterijaya di Jln Pasar 
-  Sek Men Perempuan Jln Pudu 

(konsep sekolah2 di Kuala Lumpur ketika itu mengasingkan jantina pelajar disesuatu sekolah)  serta ke  Sek Men Jln Kuchai Lama & Sek Men Sri Serdang
Sekolah Menengah Sg Besi dibangunkan awal tahun 90an ditapak padang hak milik SRJK Tamil Sg Besi yg tidak digunakan

Masjid utama di kawasan ini terletak ditengah pekan ini yg dinamakan Masjid Jameq Sg Besi (kini Masjid Ibnu Khaldun & telah dinaiktaraf pembangunannya pd 2015 utk keselesaan masyarakat Islam disini & terdapst sebyah masjid di Kem Tentera SG BESI bg menamoung. Keperluan terutama utk solat Jumaat

Dikws Masjid Jameq Sg Besi ini terdapat sebuah Sekolah Rendah Agama dan kemudian dipindahkan ke bangunan sendiri bersebelahan Balai Bomba Sg Besi yg tetap kukuh binaannya semenjak dari dulu ditapak asal sekarang ini

 Balai Polis Sg Besi juga tetap ditapak asal namun semasa proses pembinaan semula ianya dipindahkan sementara ke sebuah rumah banglo dihadapan balai bomba

Seperti kawasan lain bg menampung keperluan harian penduduk setempat terdapat sebuah pasar besar didirikan  ditengah kws ini, apa yg unik ketinggian bumbung pasar ini melebihi 30 kaki dan bangunan ini dirobohkan pd tahun 1982 bg mberi laluan pembinaan pasar baru yg lebih luas & selesa oleh pihak DBKL

Kws ini adalah menjadi tempat utama & tumpuan di Sg Besi dgn kepelbagaian perniagaan dari kedai runcit (Kedai Bata, Pasaraya Yew Cheong, Boey Heng, Pajak Gadai dll) satu ketika dahulu

Kedai Ayam Dinding (pjualan ayam mentah) juga pernah mjlnkan perniagaan di kws ini namun tidak dpt bertahan lama disbbkan konsep kedai  tsebut belum dpt diterima ketika itu, 

kedai mamak roti canai  bawah pokok, gerai cendol di tepi bgn Telekom hingga ke kedai gunting rambut yg menjadi tumpuan masyarakat ketika itu & satu keadaan yg nastolgia kpd semua

Kini kedai2 di Sg Besi kebanyakkan ditukar menjadi Kedai Jahit yg diuruskan oleh pekerja Bangladesh kerana terdpt permintaan & sambutan drp anggota tentera & anggota PDRM di Kuarters Desa Tasik

Para anggota tentera Kem Sg Besi & ahli keluarga mereka wpun telah berpindah, bertukar & berpencen pasti akan singgah ke kws ini bg mgembalikan nastolgia & kenangan satu ketika dahulu mereka pernah berada di Sg Besi

Mungkin masyarakat luar tidak menyedari terdapat sebuah sekolah pemulihan akhlak di sini iaitu Sekolah Tunas Bakti (kini Institut Sosial) bsebelahan Tanah Perkuburan Islam Sg Besi di Salak South & terdapat juga 1 lg kws perkuburan Islam bhampiran Kem Sg Besi

Terdapat juga Kem Pamadam (Pusar Tahanan Dadah) yg kini masih terus beroperasi di Kg Malaysia Raya

Bagi kemudahan kesihatan terdapat sebuah Klinik Kerajaan dibina & kemudian dipindahkan ke Lake Field utk keselesaan pduduk 

Terdapat.beberapa kinik kecil seperti Klinik Pertama & Rasmani yg masih wujud skrg.ni
Pduduk juga mdpt kemudahan Hospital Tentera yg terletak didlm kem tentera Sg Besi bg kes2 kecemasan yg tidak kritikal serta terdapat sebuah Klinik Pergigian Kerajaan bg rawatan & pemerksaan pelajar2 sekolah berhampiran

Terdapat hanya sebuah perkhidmatan bank disediakan ketika itu iaitu BSN bg kemudahan penduduk setempat namun akhirnya juga berpindah ke kws Lake Field

Segala coretan ini adalah utk makluman &  tatapan generasi akan dtg & akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Credit kpd pemunya2 gambar di fb 
Terima kasih yg mkongsikannya (SHARE) Tanda Kita semua pernah berada di satu kawasan yg bernama SG BESI

February 26, 2020

SYDNEY KELAHIRAN CUCU KE 4

5 Feb 2020 lahirnya.
Dari jauh saya ikuti berita kepayahan seorang ibu melahirkan, semua cubaan untuk kelahiran normal gagal.  Lahirlah cucu ke 4 melalui pembedahan.  Ibu dan anak di beritakan sihat.  Alhamdulillah.  4 hari kemudian saya tiba di Sydney.

Tidak terus ke hospital, bersabar balik ke penginapan mandi bersihkan diri sebelum 'berjimba' dengan cucu. Bukan kerana wabak yang sedang hangat viral tapi itulah yang semestinya di ambil berat sebelum memegang bayi baru lahir.  Sekiranya dari luar sebaiknya bersihkan diri tukar pakaian terlebih dahulu.

Di beri nama oleh anak menantu Hans Yusyua (saya belum meneliti maknanya).  Naluri saya ingin panggilnya Haniff.  Lekatlah Haniff kala mendodoikannya.

Bantal tekad adat resam orang Perak saya tempah pada tahun 1981 kala menanti kelahiran Anak Sulong, tersimpan rapi dan masih kekal cantik hingga cucu ke 4.

Waktu bagai berlari, tiga minggu tak terasa meniti di Sydney.  2140 hrs terbang balik.

***************

Salam dari Malaysia buat semua yang di tinggalkan.  Tiga minggu bersama bagai angin yang singgah di jendela, masih terasa nyamannya di pipi.  Aku pengembara tidak pernah lelah menolak rindu yang hinggap walau sesekali di himpit sayu dan menelan airmata.  Kembali sendiri di sini hingga satu masa bertemu lagi.

Doaku semoga kalian tabah di perantauan, di mudahkan urusan, kurnian rezeki yang berpanjangan dan melimpah ruah di samping ilmu/amal soleh yang dapat di manafaatkan buat masyarakat dan islam.  Aamiin!

HanRahim:  

October 22, 2017

Perasmian Pakej Perkahwinan

TANDA DI JARI MANISMU
Adat perkahwinan melayu penuh sopan, si gadis ibarat sekutum bunga mekar yang belum disentuh, berterbangan kumbang-kumbung mengintai.  Masih relevankah hari ini merisik dan cincin tanda sebagai pembuka kata bahawa gadis tiada yang punya dan sudah ada yang ingin menyunting.  Inilah yang di bincangkan di Bengkel Adat Resam Pertunangan dan Perkahwinan oleh Perancang Perkahwinan PAK ABU

Selain itu kami turut membincangkan:

1.  Adat dan adap meminang sesuai dengan tuntutan islam
2.  Aturan dan tatacara meletak/mengatur hantaran
3.  Kepala adat
4.  Tetamu dan siapa yang perlu dijemput
5.  Majlis Nikah
6.  Majlis Resepsi
7.  Keupayaan Wedding Planner menyusun sesuai dengan adat, adap dan tidak bercanggah dengan agama.
8.  Tidak membezakan menu dan gift untuk tetamu

Banyak gambar, boleh terlupa bergambar dengan Pak Abu.







Bersama Chef Zainal